Mee Rebus Terengganu

Siapa pernah cuba Mee Rebus dari Terengganu? Padu jugak tau yang tu. Masak pun tak lama yer, lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja. Praktikal sangat nak buat di pagi hari raya! Bersama dengan rendang, nasi impit, lemang, serunding & banyak lagi! Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Isi ayam
  • Isi Daging
  • 2 liter air
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Fish Cake/ Fishball
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Telur
  • Tomato
  • Chilli oil
  • Garlic oil

 

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan 2 ulas bawnag putih dan ½ inci halia. Kisar halus semua bahan ini.
  2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan isi ayam atau daging.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan lobak merah, sawi, fishball dan fish cake
  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  7. Masukkan telur (bergantung kepada berapa orang nak makan)
  8. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap untuk dimakan. Hidangkan dengan chilli oil dan garlic oil.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!