TFValue Mart

RIngkas Tapi Mampu Buatkan Anda Terliur! Resepi Sambal Tumis Ikan Masin

Haluu semua! Menanti resepi untuk minggu ni?

Resepi kali ni kan confirm korang tak dapat nak tolak! Ianya resepi orang dulu-dulu tapi mampu buatkan korang bertambah nasi 😋 Menu ni sesuai lah untuk korang yang tiada idea nak masak untuk berbuka nanti.. Resepi Sambal Tumis Ikan Masin dari Puan Liza (https://www.facebook.com/LizaIdris85/posts/pfbid0BK3EiSZGX4qxxDe7UDrHjEbLV86Bm4JJjaPvBzEtC1hEjAdQmwy3Y8ExjVd6YGRkl)

Selamat mencuba!👌

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • Belacan
  • Gula melaka
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu.
  • Guna minyak yang sama, masukkan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris. Tumis sampai kekuningan.
  • Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap.
  • Kemudian masuk belacan dan masuk gula Melaka
  • Tumis sampai pecah minyak
  • Setelah itu barulah masuk 2 atau 3 keping asam keping.
  • Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih dan kuahnya pekat.
  • Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau sebati
  • Siap dan sedia untuk dihidang.

Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!