Haluu semua! Open house hujung minggu nanti dah tahu nak buat air apa? Belum? Takpe meh kita buat air Teh Bunga Longan. Air ni viral yalls masa puasa baru-baru ni. Air sejuk macam ni minum masa musim panas ni.. Aduhhh nikmatnyaa! Confirm tak cukup satu cawan 😋
Mari lah kitaaa mula👌
Bahan-bahan:
- 1 kotak Air Teh Bunga
- Ais kiub
- Limau Kasturi (8 biji)
- Asam Boi (10 biji)
- Buah Longan (1 tin)
Cara penyediaan:
- Masukkan ais ke dalam mangkuk dan tuangkan 2 tin air teh bunga.
- Masukkan limau nipis, asam boi dan 1 tin isi buah longan.
- Kacau sebati dan sedia untuk dihidang
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!