Kuih Wajib Ada Untuk Berbuka, Kuih Cara Berlauk!

Tak lengkap berbuka tanpa kuih-muih kan? Hari ini sis macam kempunan sangat nak makan Kuih Cara Berlauk yang lembut dan berlemak. Asyik pergi bazar je dah habis…sedih tau😭Dan disebabkan sis rajin hari ini, sis nak buat lebih dan jamukan untuk jiran sebelah rumah juga hihi. Bagi yang nak ikut sis buat kuih, pastikan dah ready bahan-bahan dekat bawah ni tau⬇️

Bahan-bahan Inti Daging:

  • 400g daging lembu cincang (frozen)
  • 6 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 4 batang lada merah
  • 3 ikat daun ketumbar
  • 2 ikat daun bawang
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 sb rempah kari daging
  • 1 sb rempah kurma
  • secubit garam

Bahan-bahan Kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sb gula
  • 1 sk garam
  • ½ pewarna kuning
  • Acuan kuih cara
  • Botol bermuncung

Bahan-bahan hiasan (dihiris halus):

  • Lada Merah
  • Daun Ketumbar
  • Daun Bawang

Cara penyediaan Inti Daging:

  1. Hiris dan cincang halus bawang putih dan bawang holland,
  2. Belah bahagian tengah lada merah dan buangkan biji lada. Kemudian, cincang halus lada merah.
  3. Hiris halus daun ketumbar dan daun bawang.
  4. Basuh bersih daging cincang dan toskan.
  5. Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang putih yang dicincang halus. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.
  6. Masukkan bawang holland (cincang halus) dan sambung tumis sehingga bawang layu.
  7. Campakkan kiub pati lembu, gaul bagi sebati.
  8. Kemudian masukkan rempah kari daging dan rempah kurma. Gaul bagi rempah sebati dengan bahan.
  9. Bila rempah dah sebati, masukkan pula daging cincang. Rajinkan untuk gaul bagi daging masak dengan sekata dan masukkan secubit garam.
  10. Tunggu sehingga inti daging kering sepenuhnya dan tutup api.

Penyediaan Adunan Kuih Cara:

  1. Pecahkan telur, masukkan santan pekat, sedikit air, garam, pewarna kuning, tepung gandum dan gula ke dalam pengisar. Kisar sehingga lumat.
  2. Siap kisar, boleh masukkan adunan ke dalam botol bermuncung supaya mudah untuk paipkan ke dalam acuan (boleh guna cawan jika tiada).
  3. Sediakan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak masak.
  4. Apabila acuan dah betul-betul panas, tuangkan adunan ke dalamnya. Jangan terlalu penuh sangat supaya dapat menampung inti daging.
  5. Ambil satu sudu kecil dan letak inti daging di atas adunan kuih cara.
  6. Taburkan daun ketumbar, daun bawang dan lada merah yang telah dipotong halus.
  7. Dah siap tabur, boleh tutup dengan penutup acuan. Tunggu sehingga 7-8 minit sehingga masak sempurna.
  8. Cungkil kuih menggunakan lidi sate dan angkat menggunakan sudu.
  9. Siap untuk dihidangkan!

Resepi ni telah di share oleh Ummi AtiyahAtif tau. Thank you sebab share resepi kuih cara berlemak yang sedap sangat! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!