Macam mana raya korang setakat ni? Mesti meraih kan hihi Hari ni nak kongsikan resepi mudah, Ayam Masak Sambal Bali dari sis Liza kita (https://www.facebook.com/LizaIdris85/posts/pfbid0wLh3aHEDqPCCkYHQdcGHFZhLMPgLxmnZkP7iWNxjU3xMgPtNHauFLLUJ9REr77sPl). Jangan tak tahu yang resepi ni viral lagi tau. So boleh la buat menu untuk open house atau makan tengah hari korang. Yang pastinya confirm korang akan bertambah nasi! Sedap dooh, haa gitu.
Letβs go gaisπ
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan Lain:
- 1/2 ekor ayam
- 4 batang serai, diketuk
- 3 tangkai daun kari
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu sos cili
- 3 sudu besar kicap biasa
- 1 cawan air
- Gula dan garam secukup rasa
- 1/2 biji bawang holand dipotong bulat
Cara Penyediaan:
- Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng separuh masak terlebih dulu. Angkat dan ketepikan.
- Cedok minyak yang sama dan tinggalkan sedikit dalam kuali. Tumis serai dan daun kari hingga naik bau dan garing. Bukan rentung ye.
- Masuk bahan dikisar. Tumis lama sehingga pecah minyak.
- Masuk cili kisar dan sos cili. Kacau sebati dan tumis lagi sampai pecah minyak juga.
- Letak kicap. Gaul mesra.
- Letak 1 cawan air. Saya guna air lebihan bawang dalam blender. Lebih umppp. Kacau dan kacau.
- Masuk gula dan garam secukup rasa. Kacau dan kacau.
- Masuk ayam goreng tadi. Kacau sebati biar aman sejahtera. Kacau lagi ayam bersama kuah sampai kuah pekat dan kering sedikit.
- Tabur bawang holand.
- Siap! Makan dengan nasi panas-panas.
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!