Amboii! Makin dekat nak raya ni makin excited kan? Tahu tak kuih raya tahun ni serius simple tapi kalau dah sekali makan, memang tambah berkali-kali haha Ini semua gara-gara hasutan resepi daripada Khairul Aming! Resepi kita kali ni ialah Cornflakes Madu Matcha & Hazelnut! Yummy 😋 Better korang buat banyak balang tauu sebab tak cukup nanti untuk yang nak datang beraya hihi Mari lah kitaaa mula👌
Bahan-bahan:
- 100gram Salted Butter
- Setengah cawan madu
- â…“ sudu kecil garam
- 250gram cornflakes
Biscoff Drizzle:
- Hazelnut Spread
- Matcha Spread
- 5 hingga 8 keping biskut Biscoff
Cara Penyediaan:
- Cairkan butter gunakan non-stick pan, tambahkan madu dan garam. Kacau sehingga semua bahan-bahan sebati dan berbuih likat ala-ala caramelized baru tutup api.
- Kemudian, masukkan 250g cornflakes ke dalam mangkuk dan campurkan dengan butter dan madu yang telah di caramelized tadi gaulkan hingga sebati dan semua kepingan cornflakes tersalut rata dengan madu tadi.
- Setelah sebati susunkan cornflakes tadi dalam paper cup dan bakar pada suhu 170°C selama 5 minit. (Pastikan timing tepat untuk mengelakkan biskut hangus)
- Setelah siap di bakar, keluarkan cornflakes dari oven dan ketepikan biar sejuk.
- Ambil kepingan biskut Biscoff dan tumbuk hancur untuk dijadikan toping.
- Kemudian, lelehkan Hazelnut & Matcha pada bahagian atas cornflakes yang sudah sejuk tadi. Jangan lupa tambah toping biskut Biscoff yang telah ditumbuk tadi.
- Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan.