Ada yang tengah buat puasa 6 ke tu? Hari ni senangkan korang dengan bagi satu resepi mudah untuk berbuka kejap lagi hihi Resepinya ialah Ayam Tiram Thai! Lain lah sikit kan? Kalau buat juadah ni pastikan nasi putih tu ada lebih tau sebab confirm bertambah dua kali hihi Let’s go gais👌
Bahan-bahan perapan:
- Ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
- Perap semua bahan seketika. Gorengkan sehingga ayam masak.
Bahan sos:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi merah
- 1 batang akar ketumbar
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap cair
- 2 sudu besar gula
- 1 biji perahan limau/lemon
- Daun ketumbar dipotong halus
Cara-cara:
- Tumbuk lumat bawang putih, cili padi merah dan akar ketumbar
- Gaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak.
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!