TF Value Mart

LONTONG, Hidangan Femes Rumah Terbuka

Menu bukan setakat terkenal untuk sarapan pagi tapi untuk rumah terbuka jugak ye. Lagipun nak buat menu tak renyah & tak guna bahan yang banyak. Kalau buat menu ni kan.. Yalls as tuan rumah confirm sempat nak borak gossip dengan tetamu hihi Tak perlu nak berlengah lagi, moh kita buat Lontong, resepi dari Afieyza Isahakβ€ŽπŸ‘Œ

Bahan:

  • Bahan impit – rebus

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Buah keras
  • Kunyit hidup
  • Udang kering
  • Ikan bilis

Bahan lain (A):

  • Lobak merah – goreng
  • Kacang panjang – goreng
  • Tauhu – goreng
  • Udang – rendam sekejap
  • Pucuk – rendam sekejap
  • Suun – basuh sahaja

Bahan lain (B):

  • Santan 1 kotak besar
  • Kiub ikan bilis
  • Asam keping
  • Bahan perasa
  • Telur rebus

Bahan lain (C):

  • Sambal tumis ikan bilis
  • Kuah kacang

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masuk air untuk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
  2. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan suun dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.

** Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi impit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Selamat menjamu selera!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!