TFValue Mart

Menu Mi Rebus Pastinya Buatkan Anda Terliur & Terangkat!

Memandangkan hari ni hari terakhir Cik Dee berpuasa enam, jadi Cik Dee plan nak buat Mi Rebus! Menu ni simple dan mengenyangkan tau. Kalau korang nak buat menu ni masa rumah terbuka pun onz sangat. Confirm licin sang tetamu makan 😋

Mari lah kitaaa mula buat resepi dari sis Suisan Aliezsha (https://www.facebook.com/groups/shareresipi/permalink/3689083567784824/) kita ni👌

Bahan-bahan: (Bahan Mi)

  • 1 Paket mi kuning (rebus sekejap & toskan)
  • 2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
  • Daun sup (basuh dan hiris halus)
  • Cili besar hijau
  • Cili besar merah
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur ayam (direbus dan dibelah dua)
  • Dada ayam (goreng dan dicarik)

Bahan Kuah:

  • 4 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 cm halia
  • 1 biji keledek oren
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu besar udang kering
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam secukup rasa

Cara membuat kuah:

  1. Cili keirng, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
  2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kisar halus. Ketepikan.
  3. Kisar udang kering. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
  5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
  6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
  8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.
  9. Letakkan mi, tauhu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk. Kemudian letakkan kuah yang siap tadi dan dah boleh hidang untuk di makan.

Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!