Akhirnya kita dah sampai ke bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Hari ni sis nak buat resipi Ayam Kepak Madu Air Fryer untuk sahur mahupun berbuka esok! Ye, guna Air Fryer je tau. Ringkas, sedap, dan cepat dimasak. Boleh share resepi ini buat rakan-rakan dan keluarga untuk cuba bersama. Lagi menyenangkan bila adanya Bamboo Lid Container, bekas 100% daripada Kaca Borosilikat dan penutup menggunakan buluh yang berkualiti. Ok jom kita mula!
Bahan-bahan:
- 6 ketul kepak ayam (dibasuh bersih)
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 biji bawang merah
- 3 sb madu
- Secubit garam
- 1 ½ sb sos tiram
- 1 sb serbuk cili
- 1 sb kicap manis
- 1 sb minyak zaitun
- 1 biji lemon
Cara penyediaan:
- Kisar halus bawang putih, halia dan bawang merah.
- Basuh & bersihkan ayam. Kemudian selar kepak ayam supaya memudahkan bahan perap meresap.
- Letakkan ayam di dalam bekas. Taburkan serbuk cili, sos tiram, kicap manis, madu, minyak zaitun, garam, madu dan bahan kisar tadi.
- Gaul bagi sekata dan perapkan selama 30 minit. Boleh gunakan pembalut plastik jika ada.
- Kemudian, hiriskan lemon dan masukkan dalam air fryer.
- Letakkan kepak ayam yang telah diperap tadi ke atas lemon yang telah disusun rapi.
- Masak pada suhu 180 °C selama 30 minit.
- Bila dah masak, boleh angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Resepi ni sangat mudah ye bila guna air fryer. Anak-anak pasti suka! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!