Hii! Macam mana dengan puasa korang hari ni? Hopefully semua dalam keadaan yang baik-baik ye π€ Untuk menu berbuka puasa kita pada minggu ini ialah Puding Marble. Puding ni kan makan masa sejuk-sejuk lepas balik masjid tu aduhh nikmat betul. π Mari lah kitaaa mulaπ
Bahan-bahan:
- 37gm agar-agar tali
- 6 gelas air (1300ml)
- 2 Β½ gelas gula pasir (470gm)
- 4 biji telur
- Β½ cawan tepung jagung
- 1 Β½ tin susu cair (IDEAL)
- 2 sudu besar marjerin
- Β½ cawan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu teh esen vanila
Cara penyediaan:
- Masak agar-agar dengan air.
- Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan susu cair dan esen vanila, pukul sebati
- Apabila agar-agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur sehingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
- Kemudian kacau sehingga mendidih dua tiga kali. Masukkan marjerin dan kacau lagi.
- Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. Satu bahagian lagi warna asal vanilla.
- Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
- Boleh disimpan dalam peti ais.
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!