RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Sedapnyaaaa! Kita makan nasi goreng pattaya nak tak hari ni? Sangat menyelerakan, sis tahu semua mesti akan suka. Lagi-lagi buat penggemar telur di luar sana. Apa tunggu lagi tu? Dah ready bahan ke belum. Kalau dah….jom kita mula!

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 genggam ayam dadu
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • ¼ cawan lobak merah
  • 3 biji telur ayam
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit sayur kubis
  • Sos cili
  • Timun
  • Tomato

Cara Penyediaan Nasi Goreng:

  1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih yang telah dipotong kecil, hirisan bawang merah, ayam dadu dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar dan sos tiram. Kacau sebati.
  4. Masukkan garam, lobak merah yang dipotong dadu, kacau untuk ratakan.
  5. Masukkan sebiji telur dan gaulkan, kemudian masukkan nasi putih. Gaul bagi sekata.
  6. Masukkan kicap lemak manis secukup rasa, sedikit sayur kubis dan kacau sebati.
  7. Angkat nasi goreng dan ketepikan.

Cara Penyediaan Telur:

  1. Sediakan satu mangkuk kecil, masukkan dua biji telur dan kacau.
  2. Sediakan kuali leper dan masukkan sedikit minyak. Buka api secara perlahan.
  3. Masukkan telur dan ratakan ia dalam kuali. Biarkan telur masak, kemudian tutup api.
  4. Tuangkan nasi goreng ke atas telur dan lipat telur cantik-cantik.
  5. Angkat nasi goreng pattaya dan hidangkan di atas pinggan. Letakkan sos cili diatasnya. Boleh tambah timun dan tomato di tepi.
  6. Siap untuk dimakan!

Sedap kan makan nasi goreng pattaya ni, korang selalu makan tak? Sis suka makan untuk dinner hihi. Yang penting kenalah guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!