TF Value Mart

Resepi Tomyam Ayam Sempoi

Cuaca sejuk, hujan renyai-renyai… bestnya kalau dapat hirup kuah tomyum panas-panas kan? Cepat salin resepi Tomyam Ayam Sempoi ni! Nak masak dia mudah sangat tak banyak langkah pun. Hanya tinggal cari bahan-bahan dekat TF Value-Mart je, tak kisah sama ada bahan basah mahupun kering, semuanya ada. Bila semua bahan dah lengkap, tinggal masukkan je dalam periuk… Siap! Senang, cepat, confirm puas hati, betul tak? Jom kita mula masak tomyam!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan Air
  • 1/2 biji Bawang Holland
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • ½ inci Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 2 Akar ketumbar
  • 3 helai Daun limau purut
  • 2 -3 sudu besar Pes Tomyam
  • 2 ketul Ayam- potong kecil
  • 2 Putik Jagung
  • Bunga kobis
  • 1/3 batang Lobak Merah
  • 1/2 sudu kecil Gula thai
  • Sos ikan
  • 1 biji Limau Nipis
  • 4 tangkai Cili Api
  • ½  biji Tomato
  • 1 pek Cendawan enoki
  • 2 Daun Ketumbar 

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air.
  2. Masukkan akar ketumbar, bawang putih, lengkuas, serai, bawang holland, daun limau purut dan pes tomyam.
  3. Kemudian masukkan ayam, baby corn, lobak merah.
  4. Ayam dah empuk masukkan bunga kobis dan cili api.
  5. Perasakan dengan gula thai ikan dan perahan limau nipis.
  6. Masukkan tomato dan cendawan enoki dan susu cair.
  7. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!