TF Value Mart

Resepi Klasik Sepanjang Zaman – Nasi Lemak Sambal Sotong!

Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resepi klasik yang tak pernah gagal memikat hati kita semua – Nasi Lemak Sambal Sotong! 😍 Dengan nasi yang penuh dengan aroma dan berlemak, sambal sotong yang sedap dan confirm membangkitkan selera. Semua bahan-bahan pun boleh didapati di semua cawangan TF Value-Mart 🥰

Jangan lupa lengkapkan sekali dengan telur rebus, timun, kacang goreng dan ikan bilis, baru la best! 😘

Bahan-bahan Nasi Lemak:

  • 3 cawan beras Basmathi
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun pandan
  • Halia
  • 2 tangkai serai
  • Minyak
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Sambal Sotong:

  • Minyak
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Cili Kisar
  • Garam
  • Gula
  • Sotong – dipotong bersih
  • Asam Jawa

Cara penyediaan Nasi Lemak:

  1. Cuci beras basmathi hingga bersih dan rendamkan selama 15 minit.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama santan, garam, serai, halia, daun pandan dan sedikit minyak.
  3. Gaul sebati dan biarkan dia masak.

Cara penyediaan Sambal Sotong:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  3. Masukkan sotong yang sudah dipotong dan gaul rata hingga sotong dan kuah jadi empuk dan pekat.

Selamat Mencuba~!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!