TF Value Mart

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Rasa Asli Orang Lama

Pernah cuba Ikan Tenggiri Masak Cuka? Resepi turun-temurun ni memang sesuai bila badan rasa kurang selesa atau nak diet. Cara masak pun mudah, bahan ringkas dan semuanya boleh didapati di TF Value-Mart. Campak-campak je terus siap, tak perlu banyak langkah. Kalau dah sedia, jom cuba masak Ikan Tenggiri Masak Cuka sekarang!

Bahan-bahan:

  • 7-8 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 btg serai diketuk
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Cili padi hijau/merah
  • Sedikit kunyit
  • 5 sudu besar cuka (boleh lebihkan atau kurangkan)
  • Sedikit garam
  • 1 biji tom

 

Cara penyediaan:

  1. Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng dalam air fryer (suhu 180c selama 20 minit)
  2. Tumis bahan tumisan hingga naik bau dengan sedikit minyak.
  3. Masuk air, cuka dan bahan perasa. Didihkan.
  4. Bila dah cukup rasa masam, masin baru masuk ikan yang digoreng tadi.
  5. Masuk sekali tomato, bawang kecil dan cili padi. Renehkan sekejap.
  6. Dah siap untuk dihidangkan.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!