TF Value Mart

Bihun Goreng Singapore Yang Penuh Rasa Untuk Bila-Bila Masa!

Kali ni kita nak kongsi resepi yang simple tapi penuh rasa, Bihun Goreng Singapore! 😍 Hidangan ni memang antara kegemaran ramai dan boleh dimakan padi bila-bila masa, sama ada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam. Kalau ada hari anda rasa tak nak makan nasi, Bihun Goreng Singapore ni la penyelamatnya 😘 Bahan-bahannya mudah dan cara masak pun tak renyah. Sekali cuba, confirm nak lagi 🥰

Bahan-bahan:

  • 1 pek bihun TF Value-Mart
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Ikan bilis
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • Sayur pilihan
  • 2 biji telur
  • Garam (secukup rasa)
  • Fishcake – dihiris
  • Sos Tiram

Cara penyediaan:

  1. Rendamkan bihun dalam air suam hingga lembut.
  2. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga menjadi scrambled egg dan asingkan di tepi kuali.
  3. Tambah sedikit lagi minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, serta ikan bilis yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan lada hitam, lada sulah, sos tiram, sedikit garam dan fishcake. Kemudian kacau rata.
  5. Gaulkan sekali dengan telur yang telah digoreng tadi.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam dan tambahkan sedikit air supaya bihun lebih lembut. Gaul rata hingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan sayur pilihan dan gaul hingga sayur layu dan masak sempurna.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!

';