TF Value Mart

Kudapan Mudah Untuk Seisi Keluarga – Cekodok Pisang

Sini kita nak kongsikan resepi Cekodok Pisang yang simple dan sedap! Kudapan terbaik untuk lengkapkan waktu minum petang anda. Dengan rangup di luar dan lembut di dalam, membuatkan satu keluarga berebut nak tambah 😆  Silap-silap satu pinggan pun tak cukup 🤣 Resepi ni mudah sangat, jimat masa dan guna bahan asas sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi resepi ni okay! 🙌🏻

Bahan-bahan:

  • 3 biji pisang
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Minyak secukupnya

 

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan 3 sudu besar gula dan sedikit garam, kemudian lenyekkan dengan menggunakan garpu atau sudu sehingga hancur.
  3. Masukkan baking powder dan gaul sebati.
  4. Basahkan sedikit tangan untuk bentuk adunan menjadi bebola kecil dengan mudah.
  5. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.
  6. Goreng sehingga warna keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak sebelum hidang.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!