Bila sebut minum petang je, asyik-asyik goreng pisang… apa kata kalini kita ubah selera? Jom try buat Cucur Kentang Crispy pula! Resipi simple, tapi bila makan terasa crispy di luar, lembut di dalam. Yang bestnya, semua bahan yang diperlukan untuk buat Cucur Kentang Rangup ni boleh didapati di TF Value-Mart.Tak perlu dah pergi banyak tempat, semua ada di bawah satu bumbung. Resipi ni bukan untuk minum petang je tau, nak buat breakfast pon boleh, malah sesuai juga dijadikan bekal kalau nak pergi healing! Jangan lupa share dekat family dan kawan-kawan tau. Jom kita mula!
Bahan-bahan:
- Ubi kentang
- Bawang besar
- Cili merah
- Lobak merah
- Kucai
- Udang
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Garam
- Serbuk perasa
- Air sejuk

Cara penyediaan:
- Masukkan ubi kentang yang dipotong kecil, bawang besar, cili merah, lobak merah, kucai dan udang ke dalam satu mangkuk.
- Tambahkan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk perasa kemudian gaul sebati.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul hingga jadi adunan yang tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
- Sudukan & goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.
- Angkat kemudian tos minyak & sedia untuk dihidang
Tip: pastikan minyak sudah cukup panas sebelum mula menggoreng supaya cucur tidak serap minyak.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











