TF Value Mart

Resepi Sambal Sardin Legend!

Pernah tak tiba-tiba teringat lauk sardin yang mak kita suap masa kecik dulu? Rindu pula rasa nak makan lauk simple kan? Meh sini kita share resepi Sambal Sardin Legend. Resipi ringkas yang tidak menggunakan bahan yang banyak, dan yang paling penting bahan mudah dicari di TF Value-Mart! Bila dah try jangan lupa kongsi dekat semua orang tau! Lagi-lagi yang duduk jauh dengan family tu, terus teringat keluarga tercinta.

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Happy Choice Sardin tin
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Perasa
  • Perahan limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, dan cili merah.
  2. Salutkan sardin dengan tepung jagung kemudian goreng sardin.
  3. Tumis bahan kisar bersama halia.
  4. Masukkan sardin & cili padi ke dalam bahan tumis.
  5. Masukkan perasa dan garam secukupnya kemudian perahkan limau nipis.Siap untuk dihidang.

Tip: Untuk yang suka rasa masam, tambah sedikit perahan limau masa nak makan! Rasa masam sekali ngan pedas tu memang buat korang makan bertambah lah!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!