TF Value Mart

Resepi Apam Nasi Yang Mudah, Gebu & Sedap!

Kalau ada lebihan nasi sejuk kat rumah tu, jangan buang tau! Sini kita nak share resepi Apam Nasi yang pastinya mudah, gebu dan sedap! Kadang nak cari kat luar pun susah, jadi anda boleh la ikut resepi ni dengan hanya menggunakan lebihan nasi di rumah dan bahan lain pun boleh didapati di semua cawangan TF Value-Mart! Kalau dah buat tu jangan lupa kongsi resepi ni dekat keluarga atau kawan okay 😘

Bahan-bahan:

  1. 1 cawan nasi sejuk
  2. 1 ½ cawan air
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 cawan tepung beras
  5. 2 sudu besar Mauripan/Yis
  6. 3 pewarna pilihan
  7. Kelapa muda parut

Cara penyediaan:

  1. Masukkan gula, nasi sejuk, dan air ke dalam blender. Kisar hingga halus.
  2. Tuangkan bahan kisar dalam mangkuk yang besar.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan/yis.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati dah tiada ketulan.
  5. Tutup dan peram adunan selama 1-2 jam atau sehingga kembang.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan warna pilihan anda.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga 20-25 minit.

Tip: Kalau nak adunan senang keluarkan, pastikan acuan kita dah sapukan dengan minyak

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!