TF Value Mart

Resepi Maggi Kari Udang Besor Melingkor!

Asyik makan Maggi rendam 2 minit jer bosan juga. Sesekali kita kasi twist sikit pada makanan kegemaran rakyat Malaysia ni. Tambah rencah dari dapur sendiri untuk kasi rasa kari lebih kaw! 

Iols guna udang, tapi uols nak ganti dengan ketam, sotong atau makanan laut yang lain boleh sahaja. Ikut selera masing-masing. Nak tambah sayur hijau macam bak choi atau sawi pun onz.

 

Bahan-bahan: 

  • 1 bungkus maggi kari
  • 2 ekor udang
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 2 biji cili padi dibelah
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • 2 cwn air

Langkah Penyediaan:

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah serta cili padi sehingga berbau wangi dan kekuningan.
  • Masukkan air dan masukkan mee bersama udang.
  • Setelah itu masukkan sayur dan juga perencah kari.Kacau semua sehingga bergaul mesra dan biar mendidih seketika.Selepas itu bolehlah dihidangkan bersama hiasan yang digemari seperti telur rebus dan bawang goreng atau daun sup.

Tips

2 benda yang kena pandai ejas kalau nak hidangan ni sedap:

  • Sukatan air –  Air terlebih, kuah dah tak padu.  Air terkurang, kuah dah masin lain macam.
  • Tempoh merebus mee – Rebus terlalu lama adi kembang setaman, rebus sekejap sangat jadi macam makan mee kering pulak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!