TF Value Mart

Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Padu!

Hi koranggg! Macam mana dengan resepi Ikan Cencaru Masak Kicap haritu? Sedap kan?

Hari ni Cik Dee nak kongsi resepi lain pulak tauu! Tapi confirm sedap & terangkat. Moh ler kita buat Ikan Cencaru Bakar hihi Tiap-tiap minggu kenalah bertukar resepi kan, baru lah kreatif & tak bosan! Cara ni serius mudah & boleh buat sendiri kat rumah. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan:

  • Ikan Cencaru

Bahan Kisar:

  • 7 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 sudu gula
  • ½ sudu garam
  • 1 sudu serbuk perasa

Bahan air asam:

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ruas belacan bakar

*bahan di atas di kisar bersama

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai cili merah besar

*bahan di atas semuanya dihiris

  • 4 biji limau kasturi (diambil airnya)
  • 4 sudu asam jawa
  • 3 sudu gula
  • Secubit garam
  • Air

Cara Penyediaan:

  1. Lumurkan bahan kisar pada ikan. Perahkan 1 biji limau kasturi ke atasnya dan bakar ikan atas kuali sehingga masak. Ketepikan.
  2. Untuk air asam, gaulkan semua bahan
  3. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
  4. Sedia untuk dihidang.

 

 

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!