Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Korang penggemar cheesekut? Dessert yang paling mudah dengan hanya menggabungkan dua bahan sahaja, cream cheese dan biskut. Tak perlu kukus atau bakar, dessert ni sekali dah makan memang akan berulang-ulang kali tambahnya.

Jom tengok resepi kek cheesekut paling mudah tapi sedap hasil perkongsian Puan Norain Naim ni.

Bahan-bahan:

  • Cream cheese (250g) (bawa keluar 30minit dari peti sebelum nak guna)

  • ½ tin susu pekat manis

  • Biskut deluxe crackers (original flavour)

  • Nestum

  • Susu segar Dutch Lady (untuk celup-celup biskut)

Kredit: Norain Naim

Cara penyediaan:

  1. Pukul cream cheese gunakan blender, supaya cheese cepat hancur. Masukkan ½ tin susu pekat (boleh lebihkan atau kurangkan kalau suka manis) dan masukkan susu segar dutch lady supaya cream cheese tu tak pekat sangat. Putar bahan hingga sebati.

  2. Kemudian celupkan biskut ke dalam susu segar, jangan sampai lembik sangat dan susun biskut ke dalam loyang (tak perlu patahkan). Sapukan cream cheese yang dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan nestum.

  3. Ulang step yang sama celup biskut - susun dalam loyang, sapu cream cheese dan tabur nestum

  4. Bila dah siap susun, lebihkan cream cheese dan nestum untuk topping bahagian atas dan sejukkan dalam peti ais.

Kredit: Norain Naim

Mudah sahaja kan? Yang penting sesuai dengan selera seisi keluarga. Kalau tak nak tabur dengan nestum, boleh juga hiaskan dengan serbuk milo atau oreo.

Contoh idea topping. Kredit: Biscochiz

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Norain Naim
Kredit gambar utama: MyShop/Norain Naim

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!