Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Kredit gambar utama: Love and Lemons

Resepi spageti aglio olio memang cukup digemari rakyat Malaysia bukan setakat sebab penyediaannya yang mudah. Tetapi juga sebab boleh diubah suai mengikut cita rasa pemakan.

Hanya dengan dua langkah mudah, mak-mak boleh jimat masa bila cuba resepi spageti aglio olio ala Puan Nina Salleh ni yang sangat sesuai untuk anak-anak.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 1 labu diketuk

  • Bawang besar 1 biji dihiris dadu

  • Lada hitam 1 sudu kecil

  • Lauk pauk

  • Sedikit garam

  • Spageti yang direbus

Kredit: Love and Lemons

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar dan lada hitam. Bila bawang sudah kekuningan, boleh masukkan lauk. Kemudian kacau sebati hingga lauk masak.

  2. Lepas tu perasakan dengan garam, dan masukkan spageti. Kacau lagi sampai rata dan sebati. 

Dah sebati, bolehlah angkat dan siap untuk dihidang. Mudah sahaja kan?

Hasil selepas siap dimasak. Kredit: Nina Salleh

Kalau untuk orang dewasa, bolehlah tambah potongan cili hijau atau serbuk cili (chilli flakes) untuk ada rasa pedas. Nak tambah keju parut pun boleh. 

Sesuai untuk semua lapisan umur, resepi aglio olio ni sebenarnya boleh adjust ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Nina Salleh
Kredit gambar utama: Love and Lemons

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!