Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Resepi Mi Bandung 

Guna 3 langkah je dah boleh siap mi bandung. Seriuslah?

Sebut je mi bandung pastinya sudah terbayang keenakan mi dalam kuah yang pekat dengan rasa udang. Di topping pula dengan telur goyang, memang cukup membuka selera resepi masakan Malaysia yang satu ni.

Untuk buat mi bandung kena ada yang menggunakan ubi keledek oren yang direbus dan dikisar, ada juga yang menggantikannya dengan bancuhan air tepung jagung. Tapi tak adalah nanti rasa manis keledek tu.


Kredit: MStar

Tapi kalau nak tahu, cara nak buat mi bandung ni mudah je. Percaya tak kalau kami cakap hanya perlu guna 3 langkah je?

Jom tengok resepi daripada Puan Farah Farhana yang beliau kongsikan di FB Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) kalau korang tak percaya.

Bahan-bahan makanan

  • Bawang merah

  • Bawang putih

  • Cili kering (dikisar)

  • Perasa makanan, belacan, garam

  • Mi kuning

  • Udang

  • Telur

Kredit: Puan Farah Farhana

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau. Masukkan cili kering dan gula. Masak sampai naik bau.

  2. Rebus kepala udang, tapis dan ambil air sahaja.

  3. Masukkan air rebusan, garam, perasa dan belacan bakar. Masak sampai mendidih.

Hasilnya, taraaa! Betulkan 3 langkah je kan?

Kredit: Puan Farah Farhana

Tips nak jadikan mi bandung lebih sedap:

  • Nak pekatkan kuah tambah ubi keledek yang sudah direbus dan diblend, atau gunakan bancuhan air tepung jagung.

  • Nak lagi sedap, gunakan air rebusan daging atau tulang.

  • Toppingkan dengan telur goyang.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Farah Farhana
Kredit gambar utama: Order online/FB Puan Farah Farhana

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab pasaraya TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI! Murah, mudah dan pastinya jimat.