Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Resepi Mee Celup Ala Thai Viral Anda Wajib Cuba!

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, mi celup merupakan menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan.

Kalau pergi kedai thai tak order mee celup thai memang tak sah la! dah jadi macam wajib dah, pergi kedai thai je, memang kena order, dah tu satu mangkuk mana cukup, 2 mangkuk baru umphh!! Rasa sup yang pedas dan masam memang sesuai dengan cita rasa semua orang. Kalaulah dapat masak dekat rumah sendiri lagi puas hati.

Nah kita nak kongsi resepi Mee celup ala Thai guna resepi Fatin Shaida, tengok gambar pun tau sedap, makan la puas- puas satu family ye.


Bahan-bahan:

  • Ayam / tulang daging lembu
  • Meatball / bebola daging (celur)
  • Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang / sup
  • Kangkung / sawi / tauge
  • Kicap pekat
  • Garam / gula / ajinomoto
  • Cili serbuk

  • Cili jeruk (cili besar hijau)
  • Cili api
  • Kacang tanah tumbuk halus
  • Bawang putih goreng
  • Bawang merah goreng
  • Bawang putih jeruk
  • Kicap soya / manis
  • Kicap sotong thai
  • Lada hitam serbuk
  • Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun


Cara-cara:

1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yang dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki. Kalau nak kuah tu sedap lagi, masukkan tulang lembu sekali dalam kuah, kuah akan rasa lebih manis guna air rebusan tulang.

2. Biarkan sampai ayam mendidih.

3. Masukkan akar daun ketumbar, perencah thai, 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee... Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.

4. Masukkan garam, ajinomoto secukup rasa. Kalau nak sihat skit tak letak pun takpe. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap… Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.

5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.

6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.

7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus

8. Sedia utk dihidang.


Cara-cara buat perencah untuk penambah rasa (kasi umphhh lagi):

  1. Cili jeruk – Potong halus-halus, rendam bersama cuka makan
  2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak, masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api… Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
  3. Cili api tumbuk / blend… Buat macam sambal, cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, lepastu blend / tumbuk.
  4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis, garam, gula & lada hitam serbuk.



 

Dan yang paling penting! Jangan lupa rebus dulu tau mee dan sayur tu. Sayur tu tak payah rebus lama sangat. Selamat mencuba!!

Sumber: Fatin Shaida

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Pengarang: @Eyka
Featuring: @SinaranWanita (https://sinaranwanita.com/)