Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Mudahnya Buat Koko Jar Hanya Dengan 3 Bahan Ini

Tercari-cari resepi koko jar yang sedap? Hanya dengan 3 bahan, siap!

Tiba hujung minggu, pastinya ada sahaja permintaan anak-anak nak makan apa. Kebanyakannya anak-anak ni suka minta makanan ringan seperti snek manis yang boleh dimakan semasa menonton TV.

Apa kata ibu-ibu cuba resepi koko jar viral ni? Jangan fikir panjang, dengan perkongsian Lily Marshanda, ibu-ibu hanya perlu tiga bahan sahaja tau.

Bahan-bahan:

  • Bubble rice (boleh dapatkan di bakery)
  • Beryl’s milk chocolate
  • Koko butter
     

Bahan tambahan:

  • Topping (Kitkat, Oreo, Kacang almond)
  • Jar
     

Cara-cara:

  1. Masak coklat guna cara double boiler.
  2. Bila coklat dah cair, masukkan satu senduk koko butter.
  3. Sementara tunggu coklat cair, sangai (goring tanpa minyak) bubble rice hingga rangup.
  4. Letak bubble rice dalam jar dan tuangkan coklat.
  5. Hias koko jar dengan topping pilihan.
     

Kredit: Lily Marshanda

Hasilnya memang ngam habis. Asyik sungguh kalau makan sambal layan movie. Selamat mencuba!

Sumber: Lily Marshanda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Pengarang: @NI
Featuring: @SinaranWanita (https://sinaranwanita.com/)