Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Korean Dessert Sandwich 

Menu dessert yang kalau korang bawa masa pergi piknik, akan jadi sold out.

Biasa kalau orang Malaysia makan sandwich, mesti inti dia lauk-lauk yang mengenyangkan contohnya telur, sardin ataupun ayam. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya sandwich pun boleh jadi dessert yang sihat untuk anak-anak.

Macam mana caranya? Haa, jom cuba resepi mudah dari Puan Umi Watie, yang sekali cuba pasti nak lagi. Makan satu pun tak cukup!

Bahan-bahan:

A) Base

  • 3 biji telur saiz A

  • 75g gula

  • 75g tepung superfine 

  • 1 sudu kecil esen vanila

B) Filling

  • 250g cream cheese

  • 100g whipping cream uht

  • 40g gula

  • Buah pilihan

Cara penyediaan:

  1. Letakkan putih telur dalam bekas. Pastikan tak ada minyak atau kuning telur. Pukul sampai berbuih. Masukkan gula secara berperingkat sambil pukul putih telur. Pukul sampai ‘bertanduk’.


Maksud ‘bertanduk’. Kredit: Puan Umi Watie

  1. Masukkan kuning telur dan esen vanila dalam adunan putih telur dan gula tadi, masukkan tepung yang telah diayak. Kaup bahan sampai sebati.

  2. Panaskan kuali anti lekat. Masukkan sesenduk atau bentukkan adunan mengikut saiz yang kita suka. Bila dah agak kering, terbalikkan. Jangan sampai hangus. Bila kedua bahagian dah masak terus angkat dan lipat dua.


Lipat dua. Kredit: Puan Umi Watie

  1. Pukul cream cheese sehingga semua bahagian lembut. Masukkan gula dan whipping cream uht. Pukul sampai semua adunan rata.

  2. Picitkan inti cream cheese tadi dalam lipatan adunan yang dah dimasak tadi.

  3. Susun buah mengikut kegemaran. Boleh juga bubuh inti coklat ke, parutan cheddar ke apa-apa jelah ikut kegemaran masing-masing.

Hasilnya akan jadi macam ni nanti:

Kredit: Puan Umi Watie

Kredit: Puan Umi Watie

Itu sahaja langkahnya. Memang mudah. Rasanya kalau buat dekat anak-anak, memang suka sangatlah mereka kan? Cukup rasa lemak manis, silap-silap boleh dijadikan sebagai bahan jualan juga.

Nantikan perkongsian resepi makanan yang mudah dimasak tapi sedap dimakan lagi dengan kami. 

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Umi Watie
Kredit gambar utama: Pantip/Line Today/ Just One Cookbook

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!