Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

Jom buat roti pisang! Memang sedap anak pun suka

Roti pisang ni antara menu yang berbeza uols boleh try di rumah!

Dah buntu nak makan roti bakar sapu jem?
Jomlah cuba buat roti bakar pisang yang dikongsikan oleh Siti Nur Baini ni.
Makan santai-santai memang sedap. Cara nak buatnya pun senanglah sangat.

Sekali pandang macam pizza Domino’s Banana Kaya tu kan? Tapi dalam resepi ni simple dan guna gula saja.

Kalau nak olah boleh tambah apa-apa lagi bahan yang kita suka.
Jadi jangan buang masa, jom kita tengok resepi roti pisang ni selengkapnya.

Bahan-bahan:

  • Marjerin Planta / butter
  • Telur
  • Pisang
  • Gula / Kaya
  • Roti

Cara-cara:

1.   Sapu Marjerin
Mula-mula kita sapu planta / butter di kedua-dua permukaan depan dan belakang roti.
 

2.   Sapu Telur
Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau.
Sapu telur di bahagian depan roti sahaja.
 

3.   Susun Pisang
Seterusnya ambil pisang masak dan hiriskan.
Lepas tu susun pisang seperti dalam gambar.
 

4.   Sapu Telur Sekali Lagi
Sapu telur sekali lagi.
 

5.   Tabur Gula
Sebelum bakar kita tabur gula sikit atas roti.
Kalau nak tambah lain-lain bahan contohnya coklat, cheese atau kaya bolehlah ikut kreativiti dan tekak masing-masing.

Yang tak suka manis pun boleh buat versi tanpa gula dan sebagainya.

 

6.   Bakar
Akhir sekali kita bakar pada suhu 175 Celsius selama 20 minit.

 

Kalau ada roti dan pisang dekat rumah nanti bolehlah buat resepi roti pisang ni.


Paling best makan panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan sejuk-sejuk ni. Sambil minum teh atau kopi… Fuh!


Sesekali tukar selera pulak sebab selalunya kita buat pisang ni jadi roti pisang. Okay kan?


Kredit: Siti Nur Baini
 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 34 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Pengarang: @Lyn
Featuring: @SinaranWanita (https://sinaranwanita.com/)