Resepi Thorbaek Fresh Bersama TFValueMart

"Jom buat rendang kerang dengan cara yang lebih yummy!"  


Ramai mommies pandai buat rendang kerang, tapi macam mana nak jadikan ia lebih sedap? Sebab ni kan masih waktu raya, so boleh la tukar pula buat rendang kerang kali ni. 
Pengguna Facebook Wani Sulinan telah berkongsi resepi Rendang Kerang yang sedap untuk uols cuba. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan:

  • Kerang 2kg (rebus dan kopek kulitnya)

  • 2 biji kecil bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 inci lengkuas

  • 2 inci kunyit hidup

  • 5 batang serai

  • 2 sudu besar cili boh

  • 1 sudu besar serbuk kari 

  • 1 sudu besar kerisik 

  • santan

  • sekeping asam keping 

  • daun kunyit

Cara-cara:

1.   Kisarkan, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan batang serai.
2.   Kemudian, tumis bahan yang dikisar sehingga air kering, letak satu batang serai ketuk.
3.   Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
4.   Selepas itu, masukkan serbuk kari dan masak sehingga pecah minyak.
5.   Masukkan kerang, santan, asam keping, garam dan gula.
6.   Akhir sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit apabila air sudah mula kering sedikit dan siap!

Mudah sahaja nak buat Rendang Kerang ini. Buat mommies yang ingin kelainan daripada makan rendang ayam atau daging bolehlah cuba Rendang Kerang.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kita akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 34 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI! 

Pengarang: @Lyn
Featuring: @SinaranWanita (https://sinaranwanita.com/)