TFValue Mart

White Christmas, Merry Christmas!

Merry Christmas buat sesiapa yang menyambutnya! Bersempena Christmas hari ini, kita nak buat Australian dessert iaitu White Christmas. Eksaiteddddd tak? Bagi yang tak pernah buat boleh lah cuba sama-sama dengan kita hari ini. Nikmati cuti korang bersama dessert yang mudah & sedap. Jom mula!

Bahan-bahan:

  1. 3 cawan bubble rice
  2. ¾ cawan gula aising
  3. 1 cawan buah kering campur
  4. 1 cawan susu tepung
  5. 1 cawan kelapa parut kering/desiccated coconut
  6. 250g lemak sayuran

 

Cara membuatnya:

  1. Sediakan mangkuk besar. Masukkan bubble rice, gula aising, buah kering campur, susu tepung dan kelapa parut kering.
  2. Cairkan lemak sayuran dalam periuk. Kemudian, tuangkan ke dalam campuran tadi. Gaul bagi sekata.
  3. Tuang campuran ke dalam bekas loyang segi empat. Ratakan dengan baik.

  4. Bekukan selama 15 minit.
  5. Keluarkan dan potong kepada segi empat kecil.

  6. Siap untuk dihidang!

Resepi khas sempena Christmas! Apa pun selamat mencuba semua. Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 45 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!