Kering idea tak tahu nak masak apa lagi? Apa kata cuba resepi wantan goreng yang super simple ini. Rasanya memang best. Rangup di luar dan juicy di dalam. Sesuai untuk buat kudap-kudap sambil tengok TV. Layan!
Bahan-bahan isian
- 150gm isi ayam cincang
- 100gm isi udang cincang
- 3 keping fungus hitam atau cendawan shitake, rendam dan dihiris halus
- 2 sudu besar lobak merah, potong halus
- 2 sudu besar daun bawang, dihiris nipis
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- ½ sudu kecil lada sulah
- ½ sudu kecil bahan perasa
- 1 sudu kecil kicap cair
- ¼ sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil tepung jagung
Bahan-bahan lain
- 1 paket kulit wantan
- Sedikit garam
- Sedikit air
Langkah penyediaan
- Satukan semua bahan isia dan gaul rata. Perap selama 15 minit
- Letak sadu sudu kecil isian di tengah kulit wantan. Sapukan sedikit air dikeliling kulit wantan.
- Bentukkan mengikut citarasa.
- Boleh tambahkan ikatan daun kucai untuk hiasan.
- Goreng wantan yang telah siap sehingga kuning keemasan.
- Boleh dihidang bersama sos cili atau sos pencicah kegemaran korang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!