Kadang-kadang bila craving Vietnam Roll, susah betul nak cari kan? Tapi sebenarnya, tak payah tunggu pun orang jual, buat sendiri pun boleh! Lagi best sebab fresh, simple, dan puas hati gila bila boleh letak isi ikut cita rasa sendiri. Haa, jom try Resepi Vietnam Roll yang ni. Selamat mencuba!
Bahan Popia:
- 200gm udang
- 1 batang lobak merah – saiz sederhana
- Daun salad
- Daun ketumbar
- Rice paper
- Suhun
Bahan Sambal:
- ½ cawan sos cili thai
- 2 biji cili padi – hiriskan
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Bawang putih – dah siap goreng (jika suka)

Cara-cara:
- Rebus udang hingga masak. Kemudian buangkan kulitnya.
- Sediakan sayuran, cuci daun salad, daun ketumbar dan potong lobak.
- Ambil sekeping rice paper, rendam dalam air hingga separa lembut dan letak atas pinggan.
- Letak udang, daun salad, suhun, lobak merah dan sedikit daun ketumbar.
- Gulung kemas-kemas. Buat hingga habis bahan.
- Untuk pencicah, masukkan semua bahan-bahan sambal dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Popia vietnam sedia dihidang bersama sambal.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 50 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











