TFValue Mart

Udang Masak Berempah paling mantap dan mudah

Teringin nak makan udang tapi kalau nak beli yang dah siap dimasak di kedai bukan main mahal harganya. Dalam sepinggan tu pun dapat berapa ketul saja. Nak makan puas-puas kenalah masak sendiri. Bolehlah cuba resipi Udang Masak Berempah ni. Resipinya cukup ringkas namun hasilnya sangat enak dan menyelerakan. Memang mantap! Hmmm…Jom lah cuba.

Bahan-bahan:

  • 1/2kg udang
  • 2-3 biji bawang merah – dimayang halus
  • 1-2 ulas bawang putih – dimayang halus
  • 2 sudu makan rempah kari ayam/ikan
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap ABC
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit garam & perencah secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis seketika.
  3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering.
  4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak.
  5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.
  6. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!