Sis sebenarnya teringin nak makan wrap, jadi sambil-sambil tu sis nak kongsi juga Resepi Tortilla Burger Wrap dengan yalls semua. Benda baik kena kongsi betul tak? Hehe. Sis guna burger oblong, tapi yalls nak ganti dengan patti daging yang bulat biasa tu pun tak ada masalah. Ok dah ready kan bahan-bahan? Jom kita start!
Bahan-bahan:
- ½ keping burger oblong / 1 keping patti daging biasa
- 1 keping tortilla wrap
- Selada
- ½ Timun jepun
- ¼ Bawang holland
- Segenggam french fries
- 1 keping slice cheese
- Mayo cili / tartar sauce
- Mentega
Cara-caranya:
- Bawang holland dipotong dadu dan potong halus sedikit selada, potong timun jepun.
- Untuk french fries, boleh goreng mahupun air fryer.
- Sediakan kuali. Masukkan mentega, kemudian masukkan burger oblong. Pastikan kedua-dua belah bahagian garing, potong setengah dan ketepikan.
- Keluarkan tortilla wrap. Belahkan ½ bahagian tortilla tadi. Sapu mayo cili & taburkan sedikit selada untuk bahagian pertama.
- Bahagian kedua, letakkan slice cheese & burger oblong.
- Bahagian ketiga, susun timun jepun.
- Bahagian keempat, taburkan french fries.
- Kemudian buat 3 kali lipat dan terhasilnya tortilla burger wrap.
- Bakar seketika dua belah tortilla oblong wrap dan angkat.
- Siap dimakan!
Korang please please buat Tortilla Burger Wrap ni. Sebenarnya korang boleh je letak 1 keping oblong tu terus jadi lagi umphhh yummy! Tapi sis potong nak bagi cantik wrap sis…hehe. Yang penting kenalah guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 45 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!