Ha sedap nya dapat makan Thai Mango Chicken untuk lunch nanti! Jom sis ajar cara-cara nak buat, balik nanti anak-anak & suami boleh terus ngap sampai kenyang. Resepi khas daripada sis Hadirah Rosman. Kalau sesiapa yang baru berjinak-jinak nak masak, sis yakin ending dia mesti sesedap resepi yang dikongsikan.
Bahan-bahan:
- 1 biji mangga muda
- 2 biji telur
- 2 ulas bawang merah & putih
- 3 biji cili padi merah
- 3-4 ketul dada ayam
- 1 senduk lada putih
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- ½ cawan sos cili Thai
- 2 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar air
- Minyak masak
- Gula & garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Ambil buah mangga muda dan hiriskan memanjang.
- Titik bawang putih & hiris bawang merah serta cincangkan kedua-duanya. Hiriskan cili padi merah.
- Potong dada ayam berbentuk petak atau menyerong.
- Masukkan garam pada ayam & taburkan lada putih. Pukul telur, tuangkan ke dalam ayam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Campurkan tepung gandum & tepung jagung, kacau sebati.
Cara-cara memasak:
- Panaskan kuali dan letak minyak.
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili Thai & sos cili biasa.
- Tambahkan air, kacau sehingga sebati. Masukkan cili padi merah untuk rasa lebih pedas.
- Masukkan gula dan garam.
- Masukkan mangga muda sedikit untuk dapatkan aroma bau pada kuah. Kacau dan padamkan api.
- Gaul ayam yang telah diperap dengan tepung, panaskan minyak masak dan mula menggoreng ayam.
- Taburkan mangga muda di atas permukaan ayam, dan tuangkan kuah mangga Thai yang telah dimasak tadi.
- Siap untuk dijamu!
Amacam? Nampak terliur tak. Tapi lagi sedap kalau dapat makan sambil pekena air Mango Lassi! Ha..nak ke sis ajarkan pulak cara nak buat Mango Lassi ni? Kalau nak, pergi cepat beli mangga dekat TF Value-Mart! Jangan risau, ada 41 cawangan yang korang boleh jejaki buah mangga yang enak-enak belaka. Kita roger dekat resipi seterusnya lah ye nanti. Apa apa pun, selamat menjamu selera!