Sis sekarang memang mood nak makan lauk pauk masakan orang Nogori je. Kalau boleh setiap minggu sis nak ke Rembau, makan lauk Tempoyak Daun Kayu. Tapi takkan lah sis nak mengembara ke sana selalu, pokai sis nanti..huhu. Jadi sis muhasabah diri untuk rajin ke dapur dan masak sendiri. Oh! Menjadi tau. Sis ikut resepi daripada Youtuber, Sarah PinkRoses https://www.youtube.com/watch?v=3fWJoYBysO8.
Bahan-bahan:
- 2 atau 3 genggam pucuk ubi (mayang halus)
- 3 helai daun kunyit (mayang halus)
- 5 batang serai (hiris halus lepas tu tumbuk sikit dengan lesung batu)
- Segenggam petai
- Segenggam ikan bilis
- 1inci kunyit hidup
- 1 cwn tempoyak
- 1 keping asam keping
- 200ml santan kotak
- 1/2 cwn air (mauk masa tengah aduk bahan kisar dan tempoyak)
- 1 cwn air (masuk lepas letak santan)
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- Garam
- Gula
Cara Penyediaan:
- Kisar cili padi dengan kunyit hidup & sedikit air. Masukkan ikan bilis.
- Masukkan bahan kisar tadi & tempoyak, aduk sebati (jangan hidupkan lagi api). Masukkan ½ cawan air.
- Hidupkan api, masukkan daun pucuk ubi, daun kunyit, serai & petai.
- Masukkan asam keping & santan, gaul sebati. Masukkan 1 cawan air.
- Masukkan garam secukup rasa & gula. Siap!
Amacam…sedap tak? Rasa mesti jadi tu. Yang penting gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!