Resepi Telur Masak Lemak Cili Api: Pedas Kaw & Mudah Disediakan
Ada penggemar makanan pedas tak kat sini? Haa, meh kita nak kongsi masakan yang mudah dan sesuai untuk korang! Selalu kita dengar ayam atau daging masak lemak kan? Kali ni kita buat telur ayam masak lemak cili api yang sedap dan pedas kaw punya! 🔥
Bahan-bahan dan cara penyediaan telur masak lemak kuning ini jangan risau, memang mudah jer. Mana tahu esok-esok dah boleh mula buat part time bisnes nasi lemak telur kan? Hihihi 🤭

Bahan-bahan Resepi Telur Masak Lemak:
- 4 biji telur ayam
- 5-6 biji cili padi (ikut tahap pedas disukai)
- 4 ulas bawang putih & 3 biji bawang merah kecil
- 1 inci kunyit hidup & 1 batang serai (diketuk)
- 1 kotak santan pekat
- 2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
- 1 keping asam keping
- Garam & gula secukup rasa
Langkah Penyediaan Resepi Masak Lemak Telur
1. Cara Sediakan Telur Ayam (Poached)
- Pecahkan telur ke dalam senduk terlebih dahulu, kemudian letakkan perlahan-lahan ke dalam air mendidih di dalam periuk.
- Selepas satu minit, keluarkan telur ayam satu persatu dengan perlahan. Tujuannya supaya telur tidak pecah atau berderai.
- Jangan dikacau; tunggu sehingga telur menjadi berketul dan biarkan ia setengah masak sebelum diangkat.
2. Cara Masak Lemak Cili Api
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, dan cili padi sehingga betul-betul halus.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama sedikit air. Biarkan sehingga air sedikit kering dan bahan tumis naik bau.
- Masukkan santan, asam keping, dan serai. Gunakan api perlahan dan masak sehingga menggelegak. Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur yang telah disediakan tadi bersama hirisan daun kunyit. Siap untuk dihidang bersama nasi lemak telur!

Tips Pro: Campurkan 3 sudu cuka ke dalam air ketika merebus telur supaya bentuk telur menjadi cantik. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama selepas masukkan santan supaya santan tidak pecah minyak.
Resepi gulai telur ayam ini sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Rahsia kesedapannya tentulah terletak pada bahan-bahan yang segar!
Dapatkan bekalan telur dan santan segar di TF Value-Mart (TFVM) yang telah berkhidmat sejak 1957. Dengan 48 cawangan di seluruh Malaysia, TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI! Jom gerak ke TFVM sekarang!











