TFValue Mart

Telur Ayam Masak Lemak Cili Api, Pedas Kaw!

Ada penggemar pedas tak kat sini? Haa meh kita nak kongsi masakan yang mudah dan sesuai untuk korang! Selalu dengar ayam atau daging masak lemak kan~~ Kali ni kita nak buat telur ayam masak lemak cili api. Bahan2 dan cara penyediaan pun jangan risau, mudah je. Sedap dan pedas kaw punya! 🔥 Mana tahu esok dah boleh start buat part time bisnes kan hihihi 🤭

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 5-6 biji cili padi – ikut pedas disukai
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1 inci kunyit
  • 2 helai daun kunyit, dihiris nipis
  • 1 asam keping
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 kotak santan
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan Telur Ayam:

  1. Pecahkan telur ke dalam senduk dan letak dalam periuk yang mendidih.
  2. Selepas satu minit, keluarkan telur ayam satu persatu dengan perlahan ke dalam periuk. Tujuannya supaya telur tak pecah.
  3. Jangan dikacau, tunggu telur ayam jadi berketul dulu & biarkan setengah masak.
  4. Kemudian, angkat.

Cara penyediaan Masak Lemak Cili Api:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit & cili padi hingga halus.
  2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dengan air dan biarkan hingga masak dan naik bau.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan santan, asam keping, serai dengan api yang perlahan dan masak hingga menggelegak. Kacau selalu supaya tidak berketul.
  4. Masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan telur yang sudah direbus tadi dan daun kunyit yang telah dihiris.

 

 

Sedikit tips untuk korang, campurkan 3 sudu cuka ke dalam air ketika memasak telur supaya menjadi cantik dan tidak berderai. Jangan biarkan didih terlalu lama sebab nanti santan pecah minyak, kuah jadi tak cantik nanti…

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!