Kembali kita dengan pencuci mulut seterusnya, Kuih Lapis! Bila kita rasa craving nak kuih, mesti kita tak jumpa, betul tak? Haa ni kita nak share dengan korang resepi dia. Kalau resepi dari Che Nom, confirm la sedap! Walaupun masa penyediaan dan memasak tu agak lama sedikit, tapi memang berbaloi. Sesuai untuk kita makan petang-petang ala Tea Time! ✨
Untuk loyang, kita guna 7×7 inci atau 8×8 inci. Tapi ikut korang nak pakai yang macam mana 🥰
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 cawan santan kotak
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil pewarna merah
Cara penyediaan:
- Sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik.
- Gris minyak pada permukaan plastik.
- Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, dan garam. Kacau sebati kesemua bahan.
- Masak gula dengan air bersama simpulan daun pandan.
- Tuang campuran santan dengan air ke dalam air gula pandan dan kacau sebati.
- Masukkan adunan santan dan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga larut sekata.
- Selepas kacau sekata, tapis adunan tepung.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian.
- Kemudian, satu bahagian tersebut dicampurkan dengan pewarna merah.
- Kukus adunan secara berselang-seli mengikut warna selama 5-7 minit. Contohnya, kukus dahulu lapisan berwarna putih dan diikuti pula lapisan berwarna merah.
- Ulang sehingga habis adunan.
- Untuk lapisan akhir, kukus selama 10 minit.
- Sejukkan dan keluarkan kuih lapis daripada loyang.
- Kemudian, potong kuih kepada 8 atau 16 bahagian dan kuih lapis lemak manis siap untuk dihidang.
Tips:
- Bahagi setiap warna kepada 4 bahagian dan kuih akan menjadi 8 lapisan. Tetapi jika mahukan 4 lapisan sahaja pun boleh, tidak perlu tunggu lama untuk kukus.
- Anggaran adunan adalah ¾ cawan untuk setiap lapisan.
- Untuk dapatkan lapisan atas kuih yang licin, buang dahulu buih-buih yang ada pada permukaan adunan sebelum dikukus.
- Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih lapis bagi mengelakkan daripada melekat.
Selamat mencuba~~!
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!