TFValue Mart

Tart Nanas Gulung Istimewa CNY

Kuih tart nanas adalah antara kuih popular semasa sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Kuih ini adalah simbol tuah dan masyarakat Cina turut mempercayai kebaikan kuih tart nanas yang membawa unsur positif dalam kehidupan. 

Bahan untuk jem:

  • 2 biji nanas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:

  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:

  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Langkah penyediaan:

Cara-cara untuk jem nanas:

    1. Masak nanas yang telah diparut bersama gula sehingga hampir kering.
    2. Masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan.

Cara-cara untuk bahan hiasan:

    1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. 

Cara-cara untuk tart:

    1. Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
    2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau hingga sebati.
    3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *) dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan seketika.
    4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nanas yang digentel membujur. 
    5. Sapukan campuran kuning telur ke atas tart.
    6. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, dan bakar selama 20-25 minit (kuning keemasan)
    7. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!