Masak ayam panggang ala Ayamas mudah je boleh masak dekat rumah
Semalam suami Kak Ya teringin nak makan ayam panggang Ayamas. Apa lagi Kak Ya pun cuba la resepi ni. Memang menjadi! Suami dan anak-anak makan sampai licin.
Tak susah pun rupanya nak buat ayam panggang ala Ayamas ni. Hanya guna 3 bahan je. Jom cuba!
Bahan-bahan:
- Ayam seekor potong 10
- Sos tiram
- Kicap manis
- Sos cili (saya guna kimball)
Cara-cara:
1. Rebus ayam hingga masak tapi jangan sampai terlalu lama
2. Angkat dan salut ayam dengan sos cili, kicap manis dan sos tiram
3. Boleh la di goreng sebentar setakat menggaringkan bahagian luar sebab isi ayam sudah masak masa rebus tadi
4. Toskan dan siap!
Baki sos yang bersalut ayam tadi boleh dimakan dengan ayam. Tapi kalau korang rajin, boleh buat sos black pepper dan curah atas ayam.
Bertambah-tambah sedap!
Nampak mudah kan? Korang cuba la konfem jadi punya! Selamat mencuba!
Kredit: cuti_makan via pesonapengantin
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!
Pengarang: @NI
Featuring: @SinaranWanita (https://sinaranwanita.com/)