TF Value Mart

Tak Sah Berbuka Kalau Tak Try Kurma Chai Latte Ni!

Bulan puasa sudah pun tiba! Sini kita nak kongsikan dengan anda salah satu resepi mudah untuk juadah berbuka – Kurma Chai latte. Dengan gabungan sempurna susu berkrim, manisan kurma dan aroma rempah yang memikat hati! Anda boleh nikmati ikut selera sama ada panas atau sejuk. Haa lagi seronok bila berbuka dengan keluarga, sambil menikmati segelas Kurma Chai Latte ini! Sekali diaorg try, confirm nak lagi 😋

Bahan-bahan:

  • 500ml susu kurma Farm Fresh
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 hiris halia muda
  • 5 biji Kurma Ajwa

Cara penyediaan:

  1. Tuangkan susu kurma, serbuk kunyit dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk kaca.
  2. Kemudian kacau sehingga sebati supaya tidak berketul.
  3. Masukkan bancuhan tersebut ke dalam blender bersama kurma, halia, buah pelaga dan ais.
  4. Hidangkan di dalam cawan, dan siap!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!