Masuk je waktu puasa, tiba-tiba teringat Roti John panas-panas dari bazar. Bau telur dan daging, sos meleleh… memang susah nak lupa. Nak berbuka dengan Roti John fresh, apa kata buat sendiri je di rumah? Lagi puas hati, lagi jimat dan semua bahan pun senang nak dapat di TF Value-Mart. Jom kita buat Roti John versi mudah yang confirm jadi!
Bahan-bahan:
- Roti sosej secukupnya
- 1 biji Bawang merah
- 1 tbsp serbuk kari
- Daging kisar secukupnya
- 1 tsp serbuk lada sulah
- Garam
- Daun bawang & daun sup secukupnya – dihiris
- 1 biji telur
- Sedikit mentega/marjerin
- Kobis / carrot
- Cili sos & mayonnaise

Cara-cara:
- Untuk menyediakan inti, cairkan mentega/marjerin di dalam pan kemudian masukkan bawang merah dan tumis hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, serbuk kari, garam dan serbuk lada sulah. Tumis hingga daging masak sepenuhnya.
- Dalam bekas berlainan, pecahkan telur kemudian masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.
- Masukkan inti daging yang telah dimasak ke dalam mangkuk berisi telur dan kacau sebati.
- Panaskan pan, cairkan mentega/marjerin kemudian tuangkan bancuhan tadi dan ratakan atas pan.
- Ambil roti sosej dan belah tengah. Jangan sampai putus.
- Tekapkan roti diatasnya bancuhan dan sapukan sedikit mentega/marjerin di bahagian atas roti.
- Terbalikkan roti dan masak sehingga permukaan roti garing.
- Angkat Roti John kemudian letak kobis, carrot dan lebihan inti daging.
- Paipkan sos cili & mayones dan siap untuk dihidang.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











