Raya ni mesti teringin nak cuba resepi yang lain sikit, kan? Apa kata hidangkan Dendeng Daging Kering pula. Cara nak masaknya sebenarnya mudah je, tapi rasanya memang padu. Lagi-lagi untuk yang memang gemar hidangan pedas-pedas. Nak sediakan memang tak susah, dan semua barang boleh dapat di TF Value-Mart. Jadi jom cuba buat Dendeng Daging Kering untuk Raya kali ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
- 1 kilo daging
- 2 batang serai
- 1 tsp serbuk ketumbar
- 8 tangkai cili merah
- 10-12 tangkai cili padi
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Minyak masak

Cara-cara:
- Rebus daging bersama serai, serbuk ketumbar dan garam selama 45 minit atau sehingga empuk.
- Angkat dan biarkan daging sejuk.
- Setelah sejuk, hiris nipis daging kemudian tumbuk sedikit. Jangan tumbuk sehingga hancur.
- Panaskan minyak masak dan goreng daging dengan api sederhana sehingga garing, kemudian angkat.
- Untuk sambal, tumbuk atau kisar kasar cili merah, cili padi dan bawang besar.
- Kemudian masukkan bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Asingkan dahulu.
- Tanpa membasuh lesung batu, tumbuk pula tomato hingga lumat.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk sehingga garing atau masak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, gaulkan sambal bersama daging.
- Dendeng Daging Kering sedia dihidang.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











