Kalau sebelum ni kita dah cuba buat masakan yang ‘bakar’ ikut resepi Che Nom tapi hari ini Cik Dee nak kongsi pulak resepi Sup Ayam #yums.. Cik Dee mmg suka benor ikut resepi Che Nom sebab langkah2 dia serius senang & confirm jadi walaupun baru first time buat! Lauk simple tapi bila pekena ni dengan nasi panas & kicap pedas, wahh memang terangkat tau. Itu cara Cik Dee makan lah.. Tapi yang penting, moh ler dapatkan barangan basah yang segar di TF Value-Mart, confirm tak menyesal hihi
Ayuh lah kita! Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- I inci halia
- 2 sudu besar minyak masak
- Sup bunjut
- Ayam (boleh pilih bahagian mana yang disukai)
- Lada hitam
- Air secukupnya
- Lobak merah
- 2 biji kentang
- Daun sup
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, lobak merah, kentang, daun sup (daun sahaja) dan halia. Kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau.
- Masukkan sup bunjut, ayam, kentang, lobak merah dan kiub pati ayam. Tutup kuali dan masak sehingga ayam kecut dan sedikit perang.
- Kemudian letak sedikit lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
- Masukkan garam secukup rasa. Tutup kuali dan biarkan masak sehingga ayam, kentang dan lobak merah tadi lembut.
- Tabur hirisan daun sup. Dah siap, boleh hidangkan bersama nasi putih panas dan kicap pedas.
Resepi ni sangat mudah ye semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!