Cara Mudah Buat Spring Rolls Vietnam

Terliur rasa tengok gambar Spring Rolls ni 😊 Sekarang dah tak perlu nak ke Vietnam pun semata-mata nak makan ni. Korang boleh je ikut resepi Chef Sue M Arukin ni. Senang, mudah & cepat siap! Yang penting rasa segar.

Bahan-bahan (Spring Rolls):

  • 6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
  • 200gram suhun | celur
  • 200gram dada ayam | rebus dan siat-siat
  • 10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
  • 1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
  • 1 pokok daun bawang | potong memanjang

Cara Membuat Spring Roll: 

  1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
  2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit popia Vietnam kemudian gulung rapi

Bahan-bahan (Sos):

  • 1 sudu makan minyak sayur
  • 1 sudu makan cencangan bawang putih
  • 5 sudu makan sos hoisin
  • 5 sudu air rebusan ayam
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar

Cara Membuat Sos:

  1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
  2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
  3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!