Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Spaghetti Carbonara Prego Creamy & Simple | TF Value Mart

Resepi Spaghetti Carbonara Creamy & Mudah

Teringin makan menu western ala kafe mewah? Spaghetti carbonara sentiasa menjadi pilihan utama kerana rasanya yang unik dengan limpahan resepi carbonara cheese dan daging yang menyelerakan. Tak perlu berbelanja besar di restoran, uols boleh masak spaghetti sendiri kat rumah dengan cara yang lebih jimat dan puas hati!

Iols kongsi dengan uols resepi spaghetti carbonara rahsia yang dijamin menjilat pinggan. Kita gunakan sos spaghetti carbonara Prego sebagai asas untuk rasa yang konsisten. Kalau uols peminat tegar keju, boleh tambah cheese slice untuk jadikan spageti carbonara uols ekstra lemak dan berkrim.

Gambar resepi spaghetti carbonara prego

Bahan-bahan Spaghetti Carbonara:

Pastikan uols sediakan bahan spaghetti carbonara yang lengkap untuk rasa yang mantap:

  • 1 paket spaghetti (rebus sehingga al-dente)
  • 1 biji bawang besar Holland & 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 5 batang sosej & 1 tin cendawan butang (dihiris)
  • 2 tin carbonara tin (Sos Cendawan Prego)
  • 1 liter susu segar (untuk tekstur kuah yang lebih rich)
  • Lada hitam, garam & oregano flakes sebagai penambah aroma

Bahan bahan spaghetti carbonara lengkap

Cara Masak Spaghetti Carbonara Prego:

  1. Rebus Pasta: Rebus spaghetti dengan sedikit minyak masak dan garam agar tidak melekat. Toskan setelah lembut.
  2. Tumis: Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan Lauk: Masukkan sosej dan cendawan. Taburkan oregano flakes serta serbuk lada hitam mengikut selera.
  4. Masak Kuah: Tuangkan sos carbonara tin dan susu segar. Kacau rata sehingga mendidih. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.
  5. Hidang: Campurkan pasta ke dalam kuah atau tuangkan kuah ke atas spaghetti. Siap untuk dinikmati!

Resepi carbonara simple ini memang penyelamat waktu uols sibuk tapi nak makan sedap. Untuk hasil terbaik, gunalah susu segar yang berkualiti!

Semoga perkongsian cara masak carbonara ini bermanfaat untuk uols! Dapatkan semua bahan spaghetti carbonara yang segar dan pelbagai pilihan sos pasta di TFVM. Sejak 1957, kami telah melayani uols melalui 41 cawangan seluruh Malaysia dengan barangan segar SETIAP HARI!