Berbuka lauk apa hari ni? Jom kita cuba buat sendiri Sotong Goreng Tepung. Biasanya menu ni kita order je walaupun cara penyediaannya sgt mudah. Masak sendiri kan lagi jimat. Ikut je resepi ni, dijamin kalah sotong goreng tepung kat kedai tom yam tu. Kalau nak pedas sikit boleh la tukar guna tepung bestari yer.
Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong berukuran besar – potong bulat & nipis
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
- sedikit pewarna kuning – agar warna tepung kekuningan
- air secukupnya – lebih kurang 1 cawan
- minyak untuk mengoreng
- 1 sudu besar tepung lagi – untuk lumur pada sotong
- Garam dan bahan perisa
Langkah penyediaan:
- Toskan sotong yang siap disiang supaya betul-betul kering. Lumurkan sotong dengan tepung utk hilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul.
- Masukkan pewarna dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
- Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 – 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung. Pastikan salutan sekata.
- Goreng dalam minyak dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan
- Siap untuk dihidangkan.
Tips untuk dapatkan Sotong Goreng Tepung yang rangup
- Goreng dengan minyak yang penuh. Sebaik sotong masak kekuningan, toskan dalam penapis terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam piring.
- Tambahkan baking powder atau tepung jagung untuk hasil yang lebih rangup.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!