Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Soto Ayam Malaysia & Soto Medan Sedap (Cara Buat Mudah) | TFVM

Cara Buat Soto Ayam Sedap Gaya Medan: Resepi Lengkap & Mudah

Masak Soto Ayam kita hari ni gais! Kali ni iols share resepi soto ayam bergaya Medan. Bahan-bahan dia simple jer, cuma ada banyak sikit step dan elemen untuk melengkapkan soto sedap yang kita idamkan.

Bab begedil tu, kalau ada yang nak tambah ayam atau daging cincang boleh jer. Cuma iols rasa begedil basic dah cukup untuk melengkapkan rasa kuah soto Malaysia yang pekat, lemak, dan berempah. Jom mula!

 

Bahan-bahan Resepi Soto Ayam:

Rempah Tumis & Kisar:

  • 3 biji bunga lawang, 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum cengkih, 6 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar jintan manis & jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • Bahan Kisar: 5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 batang serai, 1 inci halia, 1 ketul kunyit hidup

Bahan Utama Kuah:

  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 4)
  • 1 biji kiub ayam
  • 1 mangkuk santan pekat & air secukupnya

Bahan Begedil & Cili Kicap:

  • ½ kg kentang (goreng & lenyek)
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk)
  • Hirisan daun bawang & bawang goreng
  • 10-15 biji cili padi & 5 ulas bawang putih
  • Kicap manis & limau kasturi

Bahan Hidangan (Condiments):

  • Nasi impit, taugeh, & suhun goreng
  • Isi ayam goreng (carik halus)
  • Kacang tanah goreng & begedil

Langkah Penyediaan Cara Buat Soto Ayam Sedap

1. Cara Masak Kuah Soto

  • Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Masak sehingga garing.
  • Masukkan ayam dan kacau rata. Tambah air, kiub ayam, dan rebus sehingga mendidih.
  • Bila ayam hampir masak, masukkan santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan empuk.
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat ketulan ayam, goreng seketika, dan carik halus isinya.

2. Cara Buat Begedil

  • Campurkan kentang yang telah dilenyek dengan udang kering, daun bawang, dan bawang goreng.
  • Perasakan dengan lada sulah dan perisa. Kepal menjadi bebola leper.
  • Salut dalam telur yang telah dipukul dan goreng sehingga keemasan.

3. Cili Kicap Padu

  • Goreng cili padi dan bawang putih sehingga lembut, kemudian kisar halus.
  • Tuang ke dalam mangkuk, tambahkan kicap manis dan perahan limau kasturi. Kacau sebati.

4. Cara Menghidang

Masukkan ketulan nasi impit ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan isi ayam carik, taugeh, daun sup, begedil, suhun goreng, dan kacang tanah. Tuangkan kuah soto ayam panas-panas dan nikmati bersama cili kicap!


Semoga perkongsian resepi soto ayam Malaysia gaya Medan ini bermanfaat! Untuk hasil terbaik, pastikan anda menggunakan bahan-bahan segar dari TF Value-Mart (TFVM) yang telah beroperasi melalui 41 cawangan di seluruh Malaysia sejak 1957.

Jangan lupa singgah ke TFVM berdekatan anda untuk barangan segar SETIAP HARI! Stay tuned untuk lebih banyak resepi soto dan menu menarik yang lain.